Title: IMPLEMENTASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH DALAM NORMA BAHARU: PERSEPSI GURU
Abstract:Penularan wabak covid-19 yang melanda negara menyaksikan peralihan norma baharu yang sangat drastik, termasuklah dalam aspek pendidikan. Jika sebelum ini pengajaran dalam talian hanya sebagai bahan ba...Penularan wabak covid-19 yang melanda negara menyaksikan peralihan norma baharu yang sangat drastik, termasuklah dalam aspek pendidikan. Jika sebelum ini pengajaran dalam talian hanya sebagai bahan bantu mengajar tetapi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa, pengajaran dalam talian sudah dikira sebagai kaedah utama pembelajaran. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) adalah norma baharu yang perlu dihadapi oleh warga pendidikan. Jadi sudah tiba masanya untuk kita mantapkan lagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dalam talian ini bagi menghasilkan pendidikan berkualiti. Justeru, kajian ini ingin menganalisis sejauh mana kesediaan guru melaksanakan PdPR menggunakan pelantar pembelajaran digital menerusi platform Google Classroom dalam menyampaikan maklumat kepada murid dengan efisien. Kajian ini memfokus kepada menganalisis tahap pengetahuan dan kemahiran guru ke arah kesediaan menggunakan Google Classroom dalam melaksanakan PdPR semasa PKP. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan soal selidik. Kajian mendapati tahap pengetahuan dan kemahiran guru masih pada tahap sederhana. Inovasi dan penambahbahbaikan perlu dibuat bagi memastikan keberkesanan pengajaran dapat ditingkatkan.Read More